Real waspada ancaman Salah, Firmino

Real waspada ancaman Salah, Firmino

MOHAMED Salah (kiri) dan Roberto Firmino mampu membawa perbezaan buat Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pertahanan Real Mad­rid, Eder Militao memberi amaran kepada rakan sepasukan mereka harus waspada dengan tindak balas Liverpool dalam aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Real menang 5-2 di Anfield pada perlawanan pertama, 22 Februari lalu, sekali gus meletakkan diri dalam kedudukan yang baik untuk melangkah ke suku akhir.

Anak-anak buah Jurgen Klopp juga tiba di Madrid selepas tumbang 1-0 kepada Bournemouth hanya enam hari selepas mem­belasah Manchester United 7-0, menjadikan mereka pasukan paling sukar diramalkan.

Militao mahu mengingatkan Real bahawa pertarungan belum berakhir, malah Mohamed Salah dan Roberto Firmino mampu menjadi ancaman terbesar Los Blancos.

“Malam di Liverpool paling bersejarah dalam karier saya, kemenangan 5-2 dan menja­ringkan gol detik unik buat mana-mana pemain bola sepak.

“Begitupun Liverpool mempunyai skuad ‘super’ dan kami tidak mahu dikejutkan di laman sendiri. Mohamed Salah telah memasuki saat yang baik dalam serangan.

“Dia sentiasa berbahaya dan menentang kami dia bermotivasi tinggi, begitu juga Roberto Firmino. Jadi sehingga tamat perlawanan ini, tiada apa sudah diputuskan,” katanya.

Real dijangka melakukan beberapa pertukaran pemain ­selepas Ferland Mendy dan ­David Alaba terpaksa disisihkan kerana kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya