Ikan talang masak lemak dengan nanas

Ikan talang masak lemak dengan nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
JUADAH kampung ini cukup digemari ramai kerana keenakannya apatah lagi bila dinikmati dengan nasi panas, ulam-ulaman segar, sambal belacan mahupun budu.
Kuah santannya yang lemak dan pekat, ditambah pula dengan haruman serai serta sedikit rasa pedas daripada cili api, menjadikan lauk ini antara pilihan yang sukar ditolak untuk hidangan tengah hari bersama keluarga.
Bahan-bahan:
• 200 gram ikan masin talang (dipotong sederhana)
• 1/3 biji nanas (dipotong kiub atau dihiris)
• 200 mililiter santan pekat
• 1 cawan air
• 1 inci kunyit hidup
• 1 batang serai (dititik)
• 1 keping asam keping (pilihan)
• 1 sudu kecil serbuk perasa
Bahan kisar/tumbuk:
• 10 hingga 15 biji cili api (ikut citarasa pedas)
• 1 inci kunyit hidup (Tumbuk atau kisar hingga halus)
Cara penyediaan:
1. Rendam dan basuh ikan masin talang serta toskan.
2. Kemudian masukkan bahan kisar/tumbuk, air, dan serai ke dalam periuk, biarkan mendidih dan cili masak.
3. Masukkan ikan masin talang ke dalam kuah dan biarkan beberapa minit supaya rasa masin meresap ke dalam kuah. Tidak perlu tambah garam lagi jika kuah sudah masin.
4. Masukkan nanas, asam keping dan santan.
5. Masak 5 hingga 7 minit sehingga nanas sedikit lembut. Sentiasa kacau dengan api sederhana untuk mengelakkan santan pecah minyak.
6. Perasakan dengan perasa dan tutup api.
7. Sedia dihidang dengan juadah sampingan lain seperti ayam goreng, ulaman, sambal belacan atau budu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN