“Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati tuan rumah pula dipesoalkan haknya di rumah sendiri.” Demikian tegas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini sebagai peringatan kepada setiap rakyat Malaysia agar tidak membiarkan kedaulatan negara tergadai akibat kealpaan dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di…










