Legenda golf negara hembuskan nafas terakhir

Legenda golf negara hembuskan nafas terakhir

BEKAS pemain golf negara, M. Ramayah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda golf negara, M. Ramayah meninggal dunia pada pukul 10.0 pagi hari ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, dekat sini.

Ramayah meninggal dunia pada umur 67 selepas bertarung dengan penyakit kanser dan sepanjang kariernya, pemain legenda negara itu pernah beraksi dalam 13 saingan Piala Dunia.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang mengesahkan perkara itu menyifatkan pemergian Ramayah sebagai kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

“Ramayah mula bermain golf sejak usianya enam tahun dan sepanjang kerjayanya sebagai pemain, beliau sudah banyak mengharumkan nama negara menerusi kejayaan yang diraihnya.

“Malah, beliau turut menyumbang kepada pembangunan sukan golf di negara ini termasuk menerusi kerjayanya sebagai jurulatih. Jadi, sudah tentu pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat arena sukan negara khususnya sukan golf,” katanya.

Ramayah yang mula bergelar pemain golf profesional pada usia 18 tahun dan pernah dilabel sebagai pemain yang perlu ditewaskan pada era 1976 hingga 1997.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya