Jangan biar hanya tinggal sokongan kepada 'Harimau Malaya'

Jangan biar hanya tinggal sokongan kepada ‘Harimau Malaya’

FAM menyumbangkan RM1 daripada setiap jualan tiket kepada KBS untuk memerangi kepupusan Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memerangi kepupusan Harimau Malaya adalah demi memastikan keberadaan berterusan populasi haiwan berkenaan dihabitatnya di negara ini.

Ketua Setiausaha KBS, Dr K. Nagulendran berkata, pihaknya tidak mahu suatu hari nanti hanya tinggal sokongan kepada skuad Harimau Malaya (pasukan bola sepak kebangsaan) semata-mata namun, haiwan berkenaan pupus dan hanya tinggal nama.

Nagulendran berkata, setiap kali melihat penyokong skuad bola sepak negara memakai baju belang Harimau Malaya, dai sering tertanya-tanya apakah yang mereka lakukan terhadap haiwan itu tatkala populasinya semakin menurun di 13 negara.

“Kita bersemangat melihat kelincahan pasukan kebangsaan tanpa dalam masa sama kita perlu bantu Harimau Malaya, suatu hari nanti kita memberikan sorakan kepada Harimau Malaya (pasukan kebangsaan) tapi Harimau Malaya ‘sebenar’ sudah pupus.

“Usaha sama dilakukan FAM dan KBS adalah untuk menyokong dan membantu konservasi Harimau Malaya, selain menerapkan kepada anak muda sorakan kepada pasukan kebangsaan boleh seiring dengan membantu konservasi haiwan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, KBS dan FAM mengeluarkan kenyataan menyokong usaha dilakukan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang menerajui usaha konservasi biodiversiti termasuk Harimau Malaya.

Justeru, FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada KBS sebanyak RM1 daripada setiap tiket perlawanan skuad Harimau Malaysia yang terjual.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata beliau percaya kolaborasi bersama KBS itu menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi juga menitikberatkan hidupan liar khususnya Harima Malaya yang juga haiwan ikonik Malaysia yang berdepan isu kepupusan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya