Bobby Chua meninggal dunia

Bobby Chua meninggal dunia

Bobby Chua Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak, Bobby Chua Abdullah meninggal dunia di usia 55 tahun pada pukul 2.25 petang hari ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh isteri Allahyarham Bobby, Zafidah Yaakub dalam Facebook pada pukul 3.40 petang tadi.

“Assalamualaikum, suami saya yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi.

“Insya-Allah jenazah akan dibawa ke Surau Al Mustafa V19, KKIP barat Sepanggar untuk urusan jenazah dan akan segera dikebumikan di Tanah Pengkebumian Waqaf Kampung Kota (berhadapan dengan Masjid Kota), Tuaran,” katanya.

Bobby, pemain kelahiran Inanam yang berada di puncak prestasi pada era1980-an dan 1990-an, dilaporkan menghidap penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS) sejak beberapa tahun lalu.

Bobby  menjadi pemain bola sepak profesional pada 1994 dan bermain untuk pasukan Sabah sehingga 1998 sebelum berhijrah ke Sarawak.

Perpindahan beliau ke Sarawak pada waktu itu pernah menjadi kontroversi apabila hanya dikenakan yuran RM9.95 oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Selama enam tahun bermain untuk Sarawak iaitu sehingga 2004, Bobby pernah diberi kepercayaan sebagai ketua pasukan dan antara pemain Bujang Senang yang  paling digeruni. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya