Azizulhasni mampu hadiahkan emas di Olimpik Paris

Azizulhasni mampu hadiahkan emas di Olimpik Paris

AZIZULHASNI meraih pingat perak di Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pingat emas pertama negara di pentas Olimpik dijangka akan menjelma di temasya Olimpik Paris pada tahun hadapan menerusi jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang.

Bekas Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocket Men dilihat berkemampuan memahat sejarah itu buat negara.

Naim berkata, usaha mendapatkan pingat emas itu berpaksikan kepada usaha Azizulhasni ketika ini dan ia sama seperti yang dilakukan legenda Great Britain, Chris Hoy, yang meraih emas meskipun berumur 36 tahun di Olimpik London.

“Saya percaya kita ada harapan tinggi, Azizulhasni diyakini dapat catat sejarah memenangi pingat emas berbasikal keirin Olimpik sebelum bersara. 

“Selepas  menjalani pembedahan dengan jayanya, beliau kembali bergiat cergas. Saya yakin dan percaya kalau ada rezeki, beliau akan dapat pingat emas pertama kita di Olimpik.

“Lihat Chris Hoy pada umur 36 tahun, dia mempamerkan kegigihan hingga memenangi pingat emas Keirin pada temasya Olimpik.

“Kita bersyukur dan berbangga kerana memiliki atlet yang berdisiplin. Dia berlatih bersungguh-sungguh, mengorbankan masa untuk mencapai matlamat ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pelan laluan acara kayuhan OCBC Kuala Lumpur 2023.

Azizulhasni masih kekal prospek utama negara bagi meraih emas pertama negara di Paris 2024, selepas kecundang di tangan seorang lagi pelumba dari Great Britain, Jason Kenny di Temasya 2020 di Tokyo.

Pada temasya itu, Azizulhasni meraih pingat perak, manakala di Rio 2016 dia meraih pingat gangsa.

Pada 26 Februari lalu, Azizulhasni berjaya meraih pingat perak acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Jakarta, Indonesia selain menamatkan acara pecut di peringkat suku akhir.. 

Kejayaan itu membuktikan beliau masih berbisa, memandangkan beliau baharu kembali berkayuh kurang 12 bulan selepas menjalani pembedahan jantung.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya