Selangor FC belum jumpa keserasian

Selangor FC belum jumpa keserasian

PENYERANG Selangor, Ayron Del Valle (kanan) bersaing dengan pemain Kelantan United dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. – utusan/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Se­langor FC, Tan Cheng Hoe mempertahankan dua tonggak import, Ayron Del Valle dan Yohandry Orozco yang tampak bergelut dalam penampilan sulung ketika Red Giants menum­paskan Kelantan United 1-0 pada aksi pembukaan Liga Super kelmarin.

Pemain sayap lincah, Faisal Halim pula mengakui, persembahan pertamanya bersama King of Malaya tidak sebagus ketika menyarung jersi Terengganu FC kerana belum menemui keserasian.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, Selangor yang dianggap pencabar utama Liga Super musim ini memerlukan gol tunggal Yazan Al Arab untuk menundukkan Kelantan United.

“Saya yakin dengan persembahan Ayron dan Orozco, namun seperti yang saya katakan sebelum ini mereka datang agak lewat. Orozco misalnya, baru sampai10 hari lalu.

“Bukan senang untuk terus memberi permainan terbaik dalam tempoh singkat. Tahap kecergasannya juga belum ­betul-betul memuaskan.

“Ayron masih menyesuaikan diri dengan pasukan tetapi kalau kita lihat menerusi persembahan individu, dia sudah memberi yang terbaik,” kata Cheng Hoe.

AKSI Faisal Halim (kanan) dalam penampilan sulung bersama Selangor FC.

Kata Cheng Hoe apa yang penting Selangor memulakan musim dengan tiga mata, dan pasukan itu perlu mengatasi kelemahan sebelum turun dalam aksi kedua menentang Kuching City, Khamis ini.

Ayron, 34, tiba bersama reputasi sebagai bekas pemenang Kasut Emas Liga Colombia tiga musim berturut-turut, dan menjadi sandaran untuk mengetuai jentera serangan, manakala Orozco, 31, yang ­berasal dari Venezuela adalah harapan di bahagian tengah.

“Sudah tentu kami gembira dengan tiga mata. Kita masih dalam proses mencari keserasian dan persefahaman baik daripada pemain. Ada kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Sementara itu, Faisal ­mengakui agak bergelut dalam perlawanan pertama ­bersama Selangor dan masih cuba membentuk persefahaman dengan rakan-rakan baharu.

“Itu normal. Saya di Terengganu sudah dua tahun, jadi pemain tahu apa yang saya mahukan.

“Di Selangor saya masih baharu. Say cuba bentuk persefahaman baik dengan rakan-rakan, setakat ini semua berjalan lancar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya