Ronaldo ledak kesemua empat gol bantu Al Nassr

Ronaldo ledak kesemua empat gol Al Nassr

CRISTIANO Ronaldo (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Al Nassr menentang Al-Wehda dalam saingan Liga Pro Saudi di Stadium King Abdulaziz, Mekah pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo menjaringkan kesemua gol Al Nassr ketika pasukannya membenam Al Wehda 4-0 dalam aksi Liga Pro Saudi, pagi tadi.

Empat gol tersebut membolehkan Ronaldo melepasi angka 500 gol liga sepanjang kariernya bersama kelab.

Bintang Portugal berusia 38 tahun itu kini sudah meledak 503 gol untuk lima kelab berbeza dalam lima liga berlainan.

Dia menjaringkan tiga gol untuk Sporting Lisbon, 103 untuk Manchester United, 311 bersama Real Madrid dan 81 di Juventus.

Ronaldo kini mengumpul lima gol untuk Al Nassr.

Dalam aksi Liga Pro Saudi itu, Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-21 dengan rembatan kaki kirinya, dan menjadikan kedudukan 2-0 dengan kaki kanannya.

Dia melengkapkan hatrik di awal babak kedua menerusi sepakan penalti. Ia adalah hatrik ke-61 dalam kariernya. Gol keempat Ronaldo hadir pada minit ke-61.

Ronaldo membuka jaringannya untuk Al Nassr pada Jumaat lalu menerusi sepakan penalti masa kecederaan ketika seri 2-2 menentang Al Fateh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya