Leipzig, City terikat di Jerman

Leipzig, City terikat di Jerman

Riyad Mahrez meledak gol tunggal Manchester City di Jerman.

LEIPZIG, Jerman: Manchester City mensia-siakan penguasaan yang ditunjukkan dalam sebahagian besar permainan apabila diikat 1-1 oleh RB Leipzig pada aksi pertama, pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

City berpeluang membawa pulang bekalan selesa apabila membuka jaringan menerusi Riyad Mahrez pada minit ke-27.

Penyerang berbisa mereka, Erling Haaland bagaimanapun bergelut untuk menambah gol selepas kehilangan gandingannya, Kevin de Bruyne yang mengalami kecederaan.

City menguasai suku pertama perlawanan tetapi gagal mencipta peluang menentang pasukan tuan rumah, yang hanya tewas sekali daripada 20 aksi terakhir.

Anak-anak buah Pep Guardiola mengekalkan kelebihan 1-0 sehinggalah bintang Piala Dunia Croatia, Josko Gvardiol menanduk gol penyamaan pada minit ke-70.

“Kami agak gementar, dan jurulatih beritahu pemain supaya bertenang kerana ada 90 minit lagi untuk bermain,” kata Mahrez.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam perlawanan kedua di Etihad pada 15 Mac.

Dalam satu lagi perlawanan, Inter Milan menang 1-0 ke atas Porto yang menutup saingan di San Siro dengan 10 pemain. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN