Pas jangan kelirukan pengundi - Muhyiddin

Pas jangan kelirukan pengundi – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin ketika Program Sembang Santai Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Pas perlu berhenti mengelirukan pengundi dengan mengarahkan ahli memangkah calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) dalam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas tidak sepatutnya melakukan sebarang usaha yang akan mengelirukan pemikiran pengundi.

Beliau berkata, sejak dahulu lagi sekiranya calon yang bertanding bukan atas tiket parti maka ahli tidak akan memberikan undi kepada pemimpin berkenaan.

“Kita ambil prinsip mudah, kalau PN bertanding maka sokong PN. Parti-parti lain yang bertanding dan lawan kita, takkan kita nak sokong, saya tidak ada strategi seperti itu.

“Ini mudah orang tidak pening kepala, strategi PN sebagai contoh, tidak kira atas nama parti apa, untuk mendapat sokongan seramai yang mungkin. Jadi kita jangan celarukan pemikiran pengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sembang Santai Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mengarahkan ahli dan penyokong untuk mengundi BN sekiranya tiada calon PN.

Katanya, arahan tersebut bertujuan mengelakkan perpecahan undi serta mengukuhkan sokongan gabungan itu bagi menentang Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Bersatu tidak sesekali mengeluarkan arahan kepada ahli parti untuk mengundi calon lain selain daripada PN.

“Saya tidak akan membuat arahan sebegitu kerana ada asas-asas tertentu yang kita guna pakai, sejak dahulu ada pendirian kita dan sebagainya. Saya tidak sama dengan parti lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN