Wusyu sasar sebutir emas di Kemboja

Wusyu sasar sebutir emas di Kemboja

ATLET wusyu negara mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina di Bukit Jalil semalam selepas menghadiri Program Pemilihan Sukan SEA 2023 dan Sukan Asia 2023. – IHSAN WFM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun me­raih dua pingat emas dalam Sukan SEA di Vietnam tahun lalu, Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM) hanya menyasarkan sebutir emas pada temasya dwitahunan itu di Kemboja, Mei ini.

Ia selari dengan format baharu pertandingan yang ditetapkan Persekutuan Wusyu Asia (WFA) apabila menggabungkan dua acara dalam satu pingat.

Presiden WFM, Datuk Chong Kim Fatt berkata, sasaran emas diletakkan bagi acara Taolu, malah mereka turut menyasarkan dua lagi pingat iaitu perak dan gangsa.

Katanya, selain perubahan format pertandingan, WFM juga mahu memperkenalkan lebih ramai atlet muda, membuatkan mereka meletakkan sasaran sederhana.

Walaupun bekas juara dunia, Wong Weng Sun, 31, masih mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa, namun mereka perlu memikirkan untuk menurunkan atlet baharu yang berpotensi membawa pulang pingat.

Kim Fatt menegaskan, buat masa ini mereka masih dalam penilaian bagi memutuskan senarai penuh atlet yang akan bertanding di Sukan SEA Kemboja 2023, sebelum dibentangkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) esok.

CHONG Kim Fatt (baju biru, tengah) bersama atlet wusyu kebangsaan.

“Dalam Sukan SEA di Phnom Penh nanti, ada 14 pingat emas ditawarkan dalam Taolu, manakala bagi Sanda pula, enam emas.

“Peluang kita dalam Taolu lebih cerah kerana atlet Sanda tidak dapat berlatih sepanjang pandemik Covid-19,” katanya.

“Dalam Sukan SEA di Phnom Penh nanti, ada 14 pingat emas ditawarkan bagi acara Taolu manakala bagi acara Sanda pula, enam emas. Peluang kita dalam Taolu lebih cerah kerana atlet Sanda kita tidak dapat berlatih sepanjang musim pandemik Covid-19 lalu.

“Untuk acara Sanda, mereka perlu ada sentuhan sebab permainan itu memerlukan dua orang atlet dalam satu gelanggang. Jadi kita lebih yakin dengan acara Taolu untuk membawa pingat kerana mereka boleh berlatih sendiri semasa pandemik lalu.

“Ini juga merupakan Sukan SEA pertama yang mempertandingkan format baharu dalam Taolu, iaitu ada beberapa acara digabungkan bagi 1 pingat. Misalnya acara Jianshu dan Qianshu akan digabungkan sekali dalam 1 markah. Atlet perlu selesaikan acara Jianshu dahulu, dan kemudian buat pula acara Qianshu, selepas itu baru dapat markah keseluruhan. 

“Kita memang ada Wong Weng Sun, dia sudah 31 tahun ini, dia pun juara dunia. Dia masih mampu beri cabaran di peringkat antarabangsa tetapi kita pun akan bawa atlet baru yang berpotensi menang pingat,” katanya dalam program pemilihan pasukan wusyu Sukan SEA 2023 dan Sukan Asia 2023 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam. 

Dalam perkembangan sama, Kim Fatt turut memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan khidmat seorang lagi jurulatih dari negara China bagi mengendalikan program podium dan dijangka akan tiba ke Malaysia pada Mac.

“Kami sudah berhubung dengan wakil di Beijing dan mereka sudah jumpa dengan beberapa calon yang sesuai. Saya tidak boleh dedahkan wanita atau lelaki, kerana kami masih dalam dalam peringkat pertama pemilihan,” katanya.

Buat masa ini, skuad wusyu negara berada di bawah kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Ching Fung untuk persiapan ke Sukan SEA, sebelum jurulatih baharu itu tiba bagi melengkapkan pasukan untuk ke Sukan Asia di Hangzhou pada September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya