Noor Al-Rawabdeh import baharu Selangor FC

Noor Al-Rawabdeh import baharu Selangor FC

NOOR Al-Rawabdeh diperkenalkan sebagai pemain import baharu Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tengah pasukan kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh hari ini secara rasmi diumumkan sebagai pemain import baharu Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2023.

Berasal dari Amman, Jordan, pemain berkenaan telah membuat penampilan pertama bersama pasukan negara kelahirannya pada 7 Ogos 2019 ketika berumur 22 tahun dan berjaya membuat 27 penampilan sehingga kini.

Selain beraksi di luar negara bersama pasukan kebangsaan Jordan, pemain yang mesra dengan panggilan Noor ini juga pernah beraksi dalam saingan Piala AFC selama tiga musim bersama Al Jazeera dari tahun 2017.

Beliau kemudian menjadi antara nadi utama pasukan Al-Muharraq SC yang menjuarai Piala AFC 2021 selepas menewaskan FC Nasaf 3-0 di Stadium Sheikh Ali bin Mohammed Al Khalifa.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, penambahan Noor yang digelar ‘The Engineer’ akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan dengan kualiti yang beliau miliki.

“Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan.

“Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain.

“Kita juga tahu Noor dan Yazan merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini, mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan,” Kata Cheng Hoe.

Sementaran itu, pemain berketinggian 182cm itu berharap berharap dapat membuat kelab dan para penyokong bangga dengan pasukan.

“Saya dengar perkara baik mengenai pasukan Selangor FC, oleh itu saya pilih untuk berada di sini. Saya juga teruja untuk berjumpa dengan para penyokong Gergasi Merah tidak lama lagi. Saya berharap penyokong akan bangga dengan pasukan musim ini,” kata pemain berumur 26 tahun itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya