MFSA sasar hantar lebih ramai atlet di Sukan SEA Kemboja - Utusan Malaysia

MFSA sasar hantar lebih ramai atlet di Sukan SEA Kemboja

SEBAHAGIAN atlet fin swimming yang menyertai Kejohanan Fin Swimming Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan di Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan fin swimming negara berharap dapat menghantar lebih ramai atlet ke temasya Sukan SEA Kemboja yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini.

Presiden Persatuan Finswimming Malaysia (MFSA), S. Ravivarma berkata, pada Sukan SEA Ke-31 di Vietnam tahun lalu, pasukan Malaysia telah menghantar lima orang perenang untuk mengambil bahagian.

Sehubungan itu, berdasarkan program pembangunan yang telah dilakukan pihaknya, beliau berharap lebih ramai bakat-bakat baharu negara dalam sukan tersebut dapat dihantar untuk meraih pengalaman di Kemboja kelak.

“Saya harap dapat tambah bilangan atlet bagi mereka mendapatkan pengalaman. Bagi sasaran apa-apa pingat, saya rasakan masih belum lagi, kerana kita masih baharu dan banyak lagi program pembangunan perlu dibuat. 

“Bagi mengatakan untuk masuk dapatkan pingat, saya lihat bukan pada waktu sekarang, kena buat pembangunan akar umbi terlebih dahulu untuk kita bina atlet.

“Kami telah menerima e-mel dari Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk kami menghantar nama atlet, kami akan melihat terlebih dahulu senarai acara, berdasarkan itu barulah kami merancang untuk menghantar jumlah atlet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Fin Swimming Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan di sini.

Kejohanan berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim.

S. Ravivarma ketika ditemui pada Kejohanan Fin Swimming Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan di Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Ravivarma berkata, pihak persatuan akan terus menganjurkan kejohanan dan program di peringkat akar umbi bagi sukan fin swimming.

“Kami akan terus bangunkan atlet-atlet di peringkat akar umbi, supaya apabila tiba waktunya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2027, kita boleh berikan saingan kepada negara lain,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.