Jaringan cantik Elliott legakan Liverpool

Jaringan cantik Elliott legakan Liverpool

HARVEY Elliott meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menumpaskan Wolverhampton pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Molineux, Wolverhampton. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaringan cantik Harvey Elliott membawa juara bertahan, Liverpool mara pusingan keempat Piala FA selepas menumpaskan Wolverhampton 1-0 di tempat lawan awal pagi tadi.

Elliott melepaskan rembatan yang melepasi penjaga gol tuan rumah, Jose Sa, pada minit ke-13 dalam perlawanan ulangan selepas pertemuan pertama kedua-dua pasukan berakhir 2-2.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp melakukan lapan pertukaran daripada skuad yang dimalukan 3-0 oleh Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Reds kini akan menentang Brighton sekali lagi pada pusingan keempat Piala FA di tempat lawan pada 29 Januari depan.

Bagi Klopp, kemenangan ke atas Wolverhampton amat melegakan, terutama ketika pasukannya memerlukan motivasi sebelum berdepan Chelsea pada saingan liga, Sabtu ini.

“Rasa seperti sudah lama kami tidak mempunyai perasaan menang dan bermain sebaik ini. Kami beraksi dengan sangat bagus baik di babak pertama.

“Ia reaksi yang kami mahu lihat dan diterjemahkan oleh pemain-pemain. Jaringan itu amat luar biasa.

“Saya bukan mahu memperkecilkan persembahan Harvey tetapi ada beberapa pemain terbaik perlawanan hari ini, cuma yang lain tidak menjaringkan gol,” kata Klopp.

Klopp merehatkan pemain utama seperti Mohamed Salah, Alisson Becker, Andrew Robertson dan Fabinho daripada kesebelasan utama.

Elliott, 20, mengetuai serangan bersama Cody Gakpo dan Fabio Carvalho, manakala Caoimhin Kelleher menjaga gawang Reds. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya