Bukan tak mahu menyerang, Malaysia agresif sangat - Nishigaya

Bukan tak mahu menyerang, Malaysia agresif sangat – Nishigaya

PEMAIN Malaysia, Stuart Wilkin (kanan) bersaing dengan Anumanthan Kumar dari Singapura dalam aksi Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Corak permainan Harimau Malaya yang melancarkan serangan sejak awal permainan, tidak mengizinkan Singapura untuk berada pada posisi yang lebih tinggi, tetapi, sebaliknya terpaksa bertahan, kata jurulatih, Takayuki Nishigaya.

Menurut pengendali berasal dari Jepun itu, anak-anak buahnya gagal untuk melaksanakan misi yang telah direncanakan ekoran aksi agresif skuad bimbingan Kim Pan Gon.

“Kami memang berhasrat untuk berada pada posisi yang lebih tinggi di atas padang sewaktu babak pertama, tetapi malangnya kami diserang secara bertali arus.

“Pada separuh masa kedua, kami berusaha untuk mengubah corak permainan bertahan kami, tetapi, kami tidak mampu untuk berbuat demikian,” katanya.

PENYERANG Malaysia, Sergio Aguero cuba dihalang pertahanan Singapura, Irfan Fandi dalam Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas skuad Singa tumbang kepada Malaysia 1-4 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Nishigaya, bagaimanapun tidak kesal dengan perancangan taktikal yang telah diaturnya dan sebaliknya yakin skuad bimbingannya itu dibarisi pemain yang berpotensi.

Jelasnya, selepas kekalahan tersebut, banyak ruang yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan dan benteng pertahanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya