Projek Tongkat rindukan kejohanan besar

Projek Tongkat rindukan kejohanan besar

MAFA yang diwakili Fakri Raimi menerima sumbangan sebanyak RM3,000 daripada Tiger Sporting Empire semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiger Sporting Empire menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) bagi menyokong segala aktiviti melibatkan persatuan berkenaan.

Sumbangan itu diserahkan Tiger Sporting Empire kepada pasukan MAFA yang juga dikenali sebagai ‘Projek Tongkat’ dalam perlawanan persahabatan sempena tayangan layar gergasi final Piala Dunia di Tigre Arena semalam.

Pengarah Urusan Tiger Sporting Empire, Nurikhzan Ahmad Yahaya berkata, sumbangan itu merupakan tanda sokongan pihaknya kepada MAFA selain membantu persatuan itu melaksanakan aktiviti yang dirancang.

“Kita sedar yang MAFA dalam usaha untuk ‘menghidupkan’ aktiviti dalam kalangan mereka, semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk mengembangkan lagi bakat dalam kalangan ahli mereka,” katanya.

Tidak dapat dinafikan sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu negara, namun peminat bola sepak tanah air sering terlupa bahawa Malaysia juga mempunyai pasukan bola sepak kudung atau lebih dikenali sebagai Harimau Kudung.

Skuad Harimau Kudung mula ditubuhkan pada tahun 2016 dan mereka telah menyertai pelbagai kejohanan di peringkat antarabanga termasuk sesi kelayakan di Dhaka, Bangladesh pada Mac lalu namun, gagal layak selepas menduduki tempat ketika Zon Asia Timur.

Menurut kaptennya, Fakri Raimi Razak, pasukan Projek Tongkat kini sedang merangka program latihan dan perlawanan termasuk membawa pasukan Palestin ke Malaysia pada Mac 2023 untuk perlawanan persahabatan.

“Sebelum ini, kita tersekat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan tidak boleh laksanakan aktiviti dan kini semua kembnali normal. Kita juga sedang mengumpul dana untuk melaksanakan program-program dirancang,” katanya.

Dalam pada itu kata Fakri Raimi, pihaknya berharap lebih banyak perlawanan dan kejohanan dapat dianjurkan bagi meraikan golongan seperti mereka kerana bola sepak tidak terhad kepada mereka yang cukup sifat sahaja.

“Jujur saya cakap bahawa komuniti kami semakin berkembang, sewaktu saya mula-mula tubuhkan pasukan ini, kami hanya ada empat orang sahaja. Tetapi, sekarang komuniti kami ada 90 orang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya