PIF jual Newcastle beli Manchester United?

PIF jual Newcastle beli Manchester United?

NEWCASTLE United yang kini di landasan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris mungkin dijual oleh pemiliknya jika mereka serius mahu membeli Manchester United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemilik Newcastle United mungkin melepaskan saham di kelab itu bagi membiayai pengambilalihan Manchester United, ramal pakar kewangan antarabangsa.

Konsortium yang dipimpin Dana Pelaburan Awam (PIF) dari Arab Saudi membeli Newcastle pada harga 305 juta pound (RM1.63 bilion) tahun lalu.

The Magpies mempamer ­prestasi baik sejak 12 bulan lalu dengan menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris sebelum saingan berehat untuk memberi laluan kepada Piala Dunia 2022. Mereka hanya kalah sekali daripada 15 perlawanan.

Firma dari Arab Saudi dikatakan sudah lama berminat membeli United, dan kesediaan pemilik kelab, Keluarga Glazer menjual saham mereka telah menarik perhatian.

“Semasa kami berusaha membina kejayaan, lembaga pengarah membenarkan kami membuat penilaian menyeluruh mengenai strategi alternatif.

“Kami akan menilai semua pilihan bagi memastikan kami memberi perkhidmatan terbaik kepada penyokong dan memaksimumkan peluang pertumbuhan kelab pada masa hadapan,” kata Avram dan Joel Glazer dalam satu kenya­taan baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal berkata, kerajaan akan menyokong sebarang pembida swasta yang mahu membeli United atau Liverpool selepas pemilik Reds, Fenway Sports Group (FSG) turut berminat menjual saham kelab.

PIF tidak akan dapat memiliki dua kelab secara serentak dan itu mendorong pakar kewangan, Simon Chadwick mengeluarkan idea kepada pemilik Newcastle melompat ‘kapal’.

“Newcastle United kelihatan seperti pembelian yang oportunis dan saya rasa pada dasarnya perjanjian untuk kelab tersebut banyak dilakukan oleh perantara.

“Anda mempunyai penjual yang tersedia dan jumlah duit dibayar mereka adalah kecil,” kata Chadwick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya