GEORGE TOWN : Calon wanita bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan masih belum dimuktamadkan buat masa ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek ketika ditanya pemberita sama ada terdapat pertambahan calon wanita dari parti berkenaan pada kedua-dua PRN terbabit.
”Sedang dimuktamadkan (senarai calon wanita PKR yang bertanding). Tapi, yang penting, lawan tetap lawan,” katanya bersemangat.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan surat kelulusan pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Heng Ee di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 7 Julai depan sebagai hari mengundi awal, diikuti oleh tarikh 11 Julai sebagai hari pengundian bagi PRN di Johor manakala 27 Jun ini pula ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon.
Sementara itu, bagi PRN di Negeri Sembilan pula, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi dan mengundi awal masing-masing ditetapkan pada 1 Ogos dan 28 Julai.-UTUSAN










