Pengadil Jepun mohon maaf, rayu tidak 'diserang' lagi

Pengadil Jepun mohon maaf, rayu tidak ‘diserang’ lagi

BUAT kali kedua tahun ini, Ryuji Sato membuat keputusan kontroversi melibatkan perlawanan Malaysia-Vietnam selepas melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad, selain menghadiahkan penalti Vietnam pada aksi Piala AFF di Hanoi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak tahan ‘diserang’ peminat Malaysia di media sosial selepas membuat keputusan kontroversi yang memihak kepada Vietnam kelmarin, pengadil dari Jepun, Ryuji Sato merayu agar tidak lagi diganggu.

Sato, 45, menimbulkan kemarahan penyokong Harimau Malaya dalam aksi Piala AFF di Hanoi itu kerana melayangkan kad merah kepada pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad serta memberi sepakan penalti kepada Vietnam dalam perlawanan yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0.

Dalam insiden pertama, Azam dilihat ditolak oleh pemain lawan, Nguyen Van Hau menyebabkan kedua-dua pemain terjatuh di luar padang.

Bukan sahaja tidak ­me­ngenakan tindakan ­ter­hadap Van Hau, Sato malah memberi penalti kepada tuan rumah pada minit ke-62 kerana mendakwa Azam mengasari lawan ketika cuba bangkit.

Sato yang mempu­nyai ­pengalaman sebagai pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2009 kemudian memohon maaf setelah semua media sosial peri­badinya diserang pe­minat bola sepak bukan sahaja dari Malaysia, malah Thailand dan Indonesia.

INSIDEN awal di mana Doan Van Hau menolak Azam Azmi Murad sebelum kedua-duanya jatuh di luar padang.

Saya menerima banyak DM (mesej) daripada peminat Malaysia mengenai keputusan saya malam semalam (kelmarin).

“Saya telah menerima panggilan daripada presiden Persa­tuan Pengadil FIFA dan mereka akan membuat keputusan me­ngenai prestasi saya dalam perlawanan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia, saya mohon jangan serang akaun peribadi Instagram saya, kerana saya ada keluarga yang baca semua komen buruk yang dilontarkan,” kata Sato menerusi akaun Instagramnya.

Ini bukan kali pertama Sato membuat keputusan kontroversi melibatkan perlawanan Malaysia-Vietnam.

RYUJI Sato mengemukakan permohonan maaf menerusi Instagram.

Pada Jun lalu, dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dia menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam untuk membolehkan mereka menang 2-1 biarpun pemain negara, Brendan Gan langsung tidak melakukan sentuhan terhadap lawan.

“Pengadil ini adalah badut antarabangsa, memalukan, si­la buang lencana FIFA di baju anda,” kata seorang peminat di Instagram.

“Sila boikot perlawanan jika pengadil ini akan mengadili perlawanan Malaysia selepas ini,” tulis seorang lagi.

“Kalau tak pandai jadi pengadil, janganlah jadi pengadil,” kata peminat lain.

“Pemain Jepun bagus, tetapi pengadil Jepun teruk. Pengadil korup,” antara komen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya