Robot AI menari tarian tradisional buka Rain Rave Music 2026

Robot AI menari tarian tradisional buka Rain Rave Music 2026

ANTARA segelintir pengunjung yang hadir sewaktu perasmian Program Rain, Rave, Water, Music Festival di Bukit Bintang, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi tarikan utama pembukaan Rain Rave Music Festival yang julung kali diadakan di Malaysia apabila robot AI mempamerkan persembahan tarian tradisional tempatan.

Sebanyak empat robot AI berwarna putih dan hitam mempersembahkan tarian mengikut rentak muzik Malaysia di hadapan pengunjung, sekali gus mencuri perhatian orang ramai yang hadir ke acara berkenaan.

Pembukaan festival berlangsung di kawasan Bukit Bintang turut menyaksikan gabungan elemen teknologi moden dan seni budaya sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan industri pelancongan negara.

Ia menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa, selain menjadi platform mempamerkan inovasi teknologi dalam industri hiburan.

Penggunaan robot AI merupakan antara inisiatif kementerian dalam usaha menarik minat pelancong dan memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung.

Setakat ini, kehadiran pengunjung dianggarkan sekitar 7,000 orang dan dijangka meningkat melebihi 10,000 orang menjelang tengah malam.

Pelancaran penutup acara pada Sabtu ini dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN