Hannah tidak akan buat perubahan drastik

Hannah tidak akan buat perubahan drastik

HANNAH Yeoh memberi sidang akhbar pertamanya selepas melapor diri sebagai Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak akan memperkenalkan program baharu di bawah kepimpinannya, sebaliknya mahu memperkasakan rancangan sedia ada bagi memastikan kecemerlangan sukan negara dapat diteruskan.

Hannah menjelaskan, beliau memerlukan tempoh untuk mendengar taklimat daripada semua pemegang taruh dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ketika ini, program Podium yang diwujudkan pada 2015 ­hasil cetusan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tetap diteruskan biarpun pernah disifatkan sebagai program sukan termahal dengan misi menggenggam pingat emas pertama sukan Olimpik.

Selepas beberapa tahun diperkenalkan, program itu pernah dirombak, namun idea asalnya tetap diteruskan di bawah pentadbiran tiga menteri.

“Aspek yang saya nak lihat sukan ini boleh diakses kepada semua. Kedua, memberi satu keadaan selamat kepada atlet dan ketiga dari segi kebajikan keselamatan untuk atlet kita, yang itu saya banyak de­ngar daripada atlet.

“Keempat, selalunya orang akan rasa kalau ada kepimpinan baharu mungkin ada program baharu tapi saya tiada hasrat untuk memperkenalkan program-program baharu dulu, saya nak dengar dan nak cari jalan untuk memperkasa program sedia ada.

“Sebab itu saya kata tak mahu buat program baharu supaya atlet ada kesinambungan mereka.

“Kalau kita asyik tukar hala tuju, susah untuk atlet. Jadi bagi saya sangat mudah, sukan adalah sukan dan tidak perlu dirumitkan,” katanya ketika melapor diri di Menara KBS, Putrajaya semalam.

Mengenai bajet 2023 yang dibentangkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu pada Oktober lalu, Hannah akan menyemak kembali perincian peruntukkan RM 332 juta yang diberikan kepada sektor sukan dan belia dan menanti keputusan yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya hendak mendengar dahulu taklimat daripada KBS, kemudian untuk belanjawan kita kena tunggu arahan daripada Menteri Kewangan yang baharu iaitu Perdana Menteri kita, kita tunggu dahulu kerana ia bukan sahaja melibatkan KBS tetapi melibatkan semua kementerian,” tambah Hannah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya