Apakah Bersama parti untuk kelompok ahli politik yang 'kecewa'? - Pemuda PH

Apakah Bersama parti untuk kelompok ahli politik yang ‘kecewa’? – Pemuda PH

OMAR MOKHTAR A. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu menilai sama ada Bersama ditubuhkan untuk menawarkan masa depan yang lebih baik atau sekadar menjadi parti untuk individu yang mempunyai kekecewaan politik terhadap organisasi lama mereka.

Setiausaha Angkatan Muda Harapan (AMH), Omar Mokhtar A Manap berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Bersama.

“Bagi Pakatan Harapan pula, fokus kami bukan menyerang mana-mana parti baharu. Fokus kami adalah memperkukuh prestasi kerajaan, melaksanakan reformasi institusi yang telah dijanjikan, mencari jalan untuk meringankan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

“Ia sekali gus membuktikan kepada rakyat bahawa kestabilan politik boleh diterjemahkan kepada kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Dalam sejarah politik, banyak parti lahir daripada perpecahan. Ada yang berjaya kerana membawa idea besar, ada yang gagal kerana terlalu terikat dengan dendam dan nostalgia,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, rakyat Johor harus memastikan ‘virus’ parti Kancil tidak mula merebak di Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, ia penting bagi menyekat ‘virus’ parti yang diterajui Datuk Seri Rafizi Ramli itu daripada terus tersebar ke seluruh negara menjelang PRU yang akan datang.

Mengulas lanjut, Omar Mokhtar berkata, akhirnya rakyat akan memilih berdasarkan siapa yang menawarkan harapan, bukannya siapa yang paling banyak menyimpan kemarahan seolah-olah hanya dia sahaja yang tahu buat kerja, tanpa dia semua perkara tidak betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN