Kelewatan UNHCR tempatkan pelarian punca lambakan dalam negara - Utusan Malaysia

Kelewatan UNHCR tempatkan pelarian punca lambakan dalam negara

SAIFUDDIN NASUTION Ismail (tengah) mengacau bubur lambuk sempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah di SMK Puteri Wangsa, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kelewatan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menempatkan pelarian khususnya etnik Rohingya ke negara ketiga menyebabkan berlaku lambakan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan menempatkan mereka ke negara ketiga jauh lebih kecil berbanding jumlah kad yang dikeluarkan pihak UNHCR.

“Pelarian tidak sama dengan PATI (pendatang asing tanpa izin), mereka berada dalam kategori berbeza kerana terdapat konflik di negara asal. Ada ‘push factor’ di negara asal dan ada ‘pull factor’ di negara kita. UNHCR bertanggungjawab mengurus penempatan mereka.

“Masalahnya, kejayaan menempatkan mereka ke negara ketiga lebih kecil berbanding jumlah kad yang dikeluarkan. Akibatnya pelarian berada dalam masyarakat kita. Itu fenomena yang kita hadapi,” katanya dalam sidang akhbar Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa, di sini hari ini.

Tambah Saifuddin Nasution, kerajaan kini sedang melaksanakan pengumpulan data berkaitan pelarian dalam negara bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil sekiranya berlaku pelanggaran.

“Isu pelarian ini perlu diuruskan mengikut prinsip kemanusiaan sementara menunggu penyelesaian diambil. Kami mengalu-alukan masyarakat termasuk ahli akademik, aktivis sosial atau individu berkepakaran kemukakan pandangan.

“Ini adalah isu legasi yang telah berlaku sejak sekian lama. Perbuatan melonggokkan semua kesalahan kepada ‘government of the day’ adalah tidak wajar. Tetapi kerajaan bertanggungjawab menguruskan perkara ini dengan mengambil kira pertimbangan kemanusiaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN