United mahu Mbappe ganti Ronaldo

United mahu Mbappe ganti Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe dengan tawaran 150 juta pound (812 juta pound) sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo di Old Trafford.

Dalam masa sama, United turut berminat mendapatkan ayam tambatan Totttenham, Harry Kane susulan temubual kontroversi dibuat Ronaldo bersama Piers Morgan.

Ronaldo mendakwa dikhianati dan terdapat usaha untuk menyingkirkannya dari pasukan itu, serta dia juga turut mendedahkan tidak lagi mempunyai rasa hormat terhadap penggendali Red Devils, Erik ten Hag. Susulan itu, kem United kini sedang giat mencari pengganti buat penyerang itu.

HARRY KANE

United antara kelab di Eropah yang mampu untuk membyar gaji Mbappe 500,000 pound (RM 2.6 juta) seminggu, gaji sama seperti Ronaldo, ditambah dengan bonus prestasi untuk menarik perhatian pemain muda itu berpindah ke England dalam usaha untuk mencari langkah baru dalam kariernya.

Selain itu, penyerang Napoli, Victor Osimhen dari Nigeria juga dalam radar United dan sasaran yang dirasakan realistik untuk dipancing pada Januari dengan nilai harga 60 juta pound (RM 322 juta).

Bagaimanapun Mbappe bakal menjadi pembelian idaman  United, namun ia bukan mudah kerana mereka bakal memerlukan belanja yang banyak.

RONALDO dalam wawancara kontroversi bersama Piers Morgan.

Mbappe pernah dikaitkan untuk berpindah ke Real Madrid pada 2021, namun bertukar fikiran untuk kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) sehingga 2025 selepas menerima tawaran lebih lumayan dari kelab Perancis itu.

Tindakan Mbappe menimbulkan rasa tidak puas hati presiden Real Madrid, Florentino Perez dan tidak lagi berminat untuk mendapatkan pemain itu, sekali gus membuka ruang buat United untuk bersaing mendapatkan Mbappe.

Manchester City dan Liverpool tiada dalam persaingan untuk mendapatkan Mbappe memandangkan masing masing sudah pun berbelanja besar untuk mendapatkan Erling Haaland dan Darwin Nunez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.