Ronaldo akan kahwini Georgina

Ronaldo akan kahwini Georgina

Cristiano Ronaldo bersama pasangannya, Georgina Rodriguez.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo sedia mengahwini teman wanitanya, Georgina Rodriguez tetapi mengakui dalam masa terdekat.

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu bertemu pasangannya yang juga model dari Argentina berusia 28 tahun di Sepanyol ketika beraksi bersama Real Madrid.

Kedua-duanya menjalin hubungan sebelum Ronaldo menyertai Juventus menerusi perpindahan bernilai 99 juta pound (RM535 juta) pada musim panas 2018.

Selepas tiga tahun di Itali, mereka berpindah ke Cheshire apabila Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun meninggalkan Manchester United.

Ronaldo percaya, dia dan Georgina harus berkahwin selepas gembira hidup bersama sejak beberapa tahun, namun menegaskan perancangannya bukan dalam masa terdekat.

“Saya tidak memikirkannya buat masa sekarang tetapi pada masa depan ya.

“Saya rasa ia wajar, begitu juga Georgina. Saya mahukannya,” kata Ronaldo kepada Piers Morgan dalam wawancara TalkTV.

Anak Ronaldo bersama Georgina, Alana Martina lahir pada November 2017 dan dia sudah memiliki tiga anak ketika itu, Cristiano Junior, Mateo dan Eva Maria.

Pasangan itu mengumumkan mereka bakal mendapat cahaya mata kembar pada lewat 2021 tetapi bayi lelaki, Angel meninggal dunia ketika dilahirkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya