Pertembungan dua ‘raja’ bola

Pertembungan dua ‘raja’ bola

APAKAH Selangor FC bimbingan Tan Cheng Hoe mampu menggugat kehebatan skuad bimbingan Hector Bidoglio, JDT dalam final Piala Malaysia malam ini?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diberi gelaran ‘King of Malaya’ kerana pe­nguasaannya dalam bola sepak tempatan suatu ketika dulu, pertembungan Selangor FC menentang ‘raja baharu’, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia malam ini penuh sentimen dan mengujakan.

Sudah lama penyokong merah kuning tidak melihat pasukan mereka menjulang Piala Malaysia sejak 2015, malah ia juga tahun di mana Red ­Giants memenangi trofi (semua pertan­dingan) buat kali terakhir.

Sebanyak 35,000 tiket yang diperuntukan kepada Selangor dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil habis sejak kelmarin, sekali gus menunjukkan betapa terujanya penyokong untuk melihat pasukan mereka bergelar juara buat kali ke-34.

Magis Tan Cheng Hoe yang mengeluarkan Gergasi Merah dari kedudukan terumbang-am­bing sehingga berjaya ke final biarpun hanya mengambil alih pasukan pada September lalu meningkatkan lagi keterujaan peminat Selangor.

Begitupun, lawan yang bakal ditentang malam ini amat ampuh, tidak kalah dalam semua perlawanan musim ini, satu-satunya kelab Malaysia yang ­beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia, malah digelar ‘raja’ bola sepak negara.

Jika ditanya mana-mana pakar atau penganalisis bola sepak, skuad Harimau Selatan bim­bingan Hector Bidoglio yang memiliki kualiti di semua posisi menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia.

Mereka juga di ambang untuk melengkapkan musim gemilang dengan menjuarai semua trofi yang ditawarkan dalam bola sepak tempatan.

Memulakan kempen dengan memenangi Piala Sumbangsih, JDT kemudian mempertahankan Liga Super buat kali ke­sembilan berturut-turut serta menjuarai Piala FA. Lebih membanggakan, skuad JDT II dinobat sebagai juara Liga Perdana.

Mampukah benteng Se­langor yang kehilangan pertahanan ampuh, Yazan Al-Arab menyekat jentera serangan JDT, diketuai Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri?

Di bahagian benteng, Jordi Amat dan Shahril Saad dijangka bergandingan untuk memberi kesukaran kepada penjaring terbanyak Selangor, Herlison Caion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.