Masuk final? Nanti dulu, hadap satu per satu

Masuk final? Nanti dulu, hadap satu per satu

PENYERANG Selangor, Herlison Caion (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Terengganu FC pada separuh akhir pertama Piala Malaysia musim lalu. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika rata-rata penyokong Selangor sudah terbayang pentas akhir Piala Malaysia, namun tidak bagi Tan Cheng Hoe.

Pengendali Red Giants itu berkata, terlalu awal untuk bercakap tentang final kerana ada 90 minit bagi separuh akhir ke­dua yang perlu diharungi, Isnin depan.

“Selagi ada 90 minit walaupun jaringan 3-1, ia bukan jaminan sudah layak ke final tetapi kita pergi ke tempat lawan de­ngan keyakinan dan tidak pandang rendah perlawanan kerana kita tahu jentera serangan mereka cukup berbahaya.

“Kejayaan ini hasil kerjasama semua pihak bukan saya seorang, kita akan jalani sesi pemulihan kerana perlawanan malam ini (kelmarin) intensiti sangat tinggi.

“Selepas itu kita akan me­rangka corak permainan yang perlu digunakan di sana nanti,” katanya.

KAPTEN Selangor, Brendan Seng Ling Gan (tengah) menanduk bola ketika menentang Terengganu FC. UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Cheng Hoe yang mengambil alih Selangor pada September lalu, terus mempamer magis apabila bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan, malah mencatat kemenangan pertama Red Giants ke atas Terengganu sejak kali terakhir melakukannya pada Mac 2019.

Tiga tandukan Richmond Ankrah, Herlison Caion dan Shahrul Nazeem Zulpakar membantu Gergasi Merah menang 3-1, sekali gus membawa bekalan selesa apabila bertandang ke Kuala Terengganu. Gol tunggal pelawat diledak Tchetche Kipre.

Mengulas mengenai perlawanan, Cheng Hoe mengakui, ini kali pertama beliau menyaksikan tiga jaringan diperolehi menerusi sepakan penjuru.

“Saya yakin dengan Mukhairi (Ajmal), hantaran dia bagus.

“Secara keseluruhan persembahan terbaik ditunjukkan pemain, mereka bekerja keras sepanjang 90 minit dan pujian untuk pertahanan juga,” kata bekas jurulatih Malaysia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya