Kontrak Indra bersama Zii Jia ditamatkan - Utusan Malaysia

Kontrak Indra bersama Zii Jia ditamatkan

LEE Zii Jia meraikan kejayaan menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie bersama jurulatihnya, Indra Wijaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih profesional lelaki negara, Indra Wijaya mengesahkan kontraknya bersama Jaguh Asia, Lee Zii Jia ditamatkan menerusi persetujuan bersama.

Indra yang kini berada di Jakarta, Indonesia akui sedih dan kecewa, bagaimanapun akur dengan keputusan yang telah pun dibuat oleh pemain tersebut selepas kedua-dua pihak bertemu pada Jumaat lalu.

Indra yang berkhidmat di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama tujuh tahun memulakan tugas melatih Zii Jia pada Februari tahun ini dan telah membantu pemain kelahiran Kedah itu meraih gelaran Juara Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand, serta naib juara Terbuka Denmark pada tahun ini.

Selain itu, dia juga membantu menaikkan ranking Zii Jia yang kini berada di No. 2 Dunia, di belakang Viktor Axelsen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya