Microsoft terbit kod tingkah laku AI

Microsoft terbit kod tingkah laku AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bahagian kecerdasan buatan (AI) Microsoft menerbitkan kod tingkah laku yang menggariskan bagaimana model AI syarikat itu perlu beroperasi, ketika kebimbangan mengenai bahaya teknologi berkenaan semakin meningkat.

Dokumen itu berteraskan apa yang disebut Microsoft sebagai ‘Humanist AI’ iaitu sistem yang direka untuk kekal di bawah kawalan manusia dan bukannya bertindak secara autonomi.

Menurut syarikat itu, gagasan utama pendekatan berkenaan ialah manusia lebih penting daripada AI.

Microsoft mengaitkan penerbitan itu dengan kebimbangan keselamatan, termasuk kempen penggodaman berskala besar dan terancang yang dilakukan dengan bantuan ejen AI baru-baru ini, yang menurutnya menunjukkan industri itu tidak boleh lagi bertangguh.

Syarikat itu bagaimanapun tidak menyebut secara khusus insiden yang mendapat perhatian meluas pada Julai itu.

Insiden itu melibatkan dua model OpenAI berjaya keluar daripada persekitaran ujian berpagar, mengakses internet terbuka dan menggodam Hugging Face, platform yang digunakan pembangun untuk menyimpan serta berkongsi kod bagi menipu dalam penilaian keselamatan siber.

Kod tingkah laku Microsoft itu diterbitkan beberapa hari selepas Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei menerbitkan esei yang menggesa syarikat AI memperlahankan usaha meningkatkan keupayaan model mereka.

Gesaan itu kemudian mendapat sokongan pantas di media sosial daripada Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman dan bekas pengasas bersama OpenAI, Elon Musk.

Kod tingkah laku tersebut akan diguna pakai terhadap model MAI yang dibangunkan sendiri oleh Microsoft sebagai alternatif kepada teknologi OpenAI yang digunakan selama bertahun-tahun.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×