Harga tiket kekal, final Piala Malaysia di Bukit Jalil

Harga tiket kekal, final Piala Malaysia di Bukit Jalil

HARGA tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 tidak akan dinaikkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi menjadi pilihan venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada 26 November depan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut memutuskan untuk mengekalkan harga tiket final edisi ke-96 kejohanan.

Menurut MFL, pemilihan SNBJ adalah venue neutral paling sesuai atas beberapa faktor iaitu keadaan padang, kapasiti stadium, penyiaran, akses pengangkutan awam, kemudahan dan ruang yang luas bagi aktiviti penaja serta keselesaan dan keselamatan penonton.

SNBJ dipilih selepas delegasi MFL melakukan tinjauan dan pemeriksaan keadaan padang serta kemudahan-kemudahan bersama wakil Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) semalam.

SELEPAS cemerlang menjadi venue final Piala FA, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Malaysia. 

“Kami gembira untuk menganjurkan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan akhir Piala FA berjalan lancar serta meriah dengan kehadiran lebih 84,000 penyokong.

“Kita juga sedia maklum, Stadium Nasional Bukit Jalil adalah gelanggang yang boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai dengan fasiliti terbaik jadi kami percaya ini akan memberikan keselesaan dan keselamatan buat penyokong yang hadir.

“Selain itu antara yang turut dititikberatkan adalah kualiti padang dan saya percaya dengan pengalaman PSM dalam mengendalikan final sebelum ini, mereka akan membuat persiapan rapi dalam aspek penjagaan padang menjelang final pada 26 November ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Sementara itu, Stuart berkata, meskipun berdepan peningkatan kos penganjuran, namun harga tiket tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir Piala FA pada 10 September lalu dengan tempat duduk terbuka RM50 dan RM70, Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.