Sang Kenari terluka lagi

Sang Kenari terluka lagi

GUSTAVO Almeida Dos Santos (kanan) meraikan gol dihasilkan Matheus Alves dalam aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kedah Darul Aman (KDA) mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas tumpas 4-3 kepada Negeri Sembilan, hari ini.

Perlawanan itu yang sepatutnya dimainkan semalam tetapi ditunda ke hari ini akibat hujan lebat berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengejar sehingga minit terakhir.

Ini kekalahan hatrik buat Kedah selepas kalah kepada Petaling Jaya City (PJ City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi terakhir.

Bagi Negeri Sembilan, kemenangan memboleh mereka terus memberi saingan kepada Sabah dan Terengganu FC dalam perebutan kelompok tiga teratas liga.

Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, tujuh gol yang terhasil itu dimulakan dengan tuan rumah hasil jaringan hasil sentuhan Matheus Alves Leandro pada minit ke-24.

Gol terhasil selepas pemain penyerang dari Brazil itu merembat kencang ke gawang pelawat selepas dia menerima umpanan dari Yaser Armando Pinto Islame.

Bagaimanapun, menuju masa rehat, Kedah berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi yang menguis masuk dari dalam kotak penalti menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di gawang tuan rumah.

Memasuki separuh masa kedua, Negeri Sembilan menggandakan asakan untuk mencari gol dan ia berhasil pada minit minit ke-58.

Ia menerusi sentuhan seorang lagi penyerang import dari Brazil, Gustavo Almeida Dos Santos yang mudah menolak masuk selepas berlaku salah faham pada pertahanan Kedah.

Sean Eugene Selvaraj kemudian menggandakan jaringan gol buat Negeri Sembilan pada minit ke-65 selepas mengambil peluang daripada situasi kelam kabut di hadapan pintu gol untuk merembat masuk untuk gol ketiga tuan rumah.

Negeri Sembilan terus bernafsu untuk memperoleh gol dan selang empat minit kemudian Gustavo Almeida berjaya mendapatkan jaringan kedua peribadinya dan gol keempat buat skuad Jang itu.

10 minit terakhir menyaksikan kebangkitan tiba-tiba pelawat apabila
mereka memperoleh gol hasil sentuhan Sanrawat Decmit pada minit ke-82 yang membuat percubaa dari luar kotak penalti.

Aksi sengit berterusan, dan Kedah berjaya merapatkan kedudukan selepas memperoleh gol ketiga hasil tandukan Marcos Vales Gomzales pada minit ke-89.

Pelawat terus memburu gol penyamaan namun Negeri Sembilan kental bertahan dan sehingga tamat perlawanan keputusan kekal 4-3 dan tuan rumah berjaya meraih tiga mata berharga

Negeri Sembilan kini kekal di tangga keempat liga dengan 38 mata, mengekori Terengganu FC di tangga ketiga yang mempunyai mata yang sama namun dibezakan dengan jumlah jaringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN