Ke mana hala tuju pemain Liga Perdana?

Ke mana hala tuju pemain Liga Perdana?

JDT pasukan yang amat digeruni semual lawan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tamat sudah kempen Liga Perdana 2022 kelmarin bermakna tiada lagi pertandingan bola sepak ‘kelas kedua’ Malaysia itu mewarnai kalender bola sepak tempatan.

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) muncul pasukan terakhir bergelar juara sejak Liga Perdana diperkenalkan 18 tahun lalu selepas menutup kempen dengan menumpaskan Selangor II 1-0 di Shah Alam.

Ketiadaan pertandingan ya­ng dianggap pentas terbaik buat pemain-pemain ‘menjual’ bakat sebelum disambar untuk menyer­tai Liga Super kini digantikan dengan Liga Simpanan bermula tahun depan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pengelola bola sepak tempatan telah mewujudkan Liga Simpanan sebagai usaha penstrukturan semula Liga Malaysia 2023.

Setiap pasukan Liga Super juga akan dibenarkan untuk menyenaraikan lima (5) pemain le­bih umur dalam Liga Simpanan tetapi hanya tiga (3) pemain le­bih umur termasuk import (maksimum dua (2) pemain) dibenarkan beraksi di atas padang bagi menjamin minit permainan untuk sekurang-kurangnya lapan (8) pemain tempatan B-23 pada setiap masa.

KELANTAN FC menamatkan kempen selaku naib juara Liga Perdana 2022.

Persoalan kini timbul ke mana hala tuju pemain yang tidak mendapat tempat dalam Liga Simpanan apatah lagi Liga Super melihatkan peraturan baharu diperkenalkan MFL.

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Mohd. Sadek Mustaffa berkata, inilah cabaran baharu perlu dihadapi serta diharu­ngi pemain yang tidak mendapat tempat untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

“Suka atau tidak mereka (pemain) perlu mencari jalan keluar lain untuk membentuk kehidupan pada masa akan datang, mungkin belum terlewat pemain ini mencuba latihan-latihan kemahiran ataupun ke­usahawanan.

“Bersedia untuk mendalami pembelajaran sains sukan, bidang kejurulatihan atau apa sahaja supaya tidak menjadi pe­nganggur terhormat.

“Untuk lebih maju mereka perlu berhijrah, mencuba dunia baharu kerana inilah realiti sebenar,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

PERAK FC bernasib baik penstrukturan semula Liga Malaysia membawa mereka ke Liga Super musim depan.

Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu turut mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan mahupun Majlis Sukan Negara (MSN) memainkan peranan penting dalam isu ini.

“Saya rasa MSN ada program pembangunan atlet dan KBS perlu memainkan peranan pen­ting, harapan ini bukan sahaja ditujukan buat sukan bola sepak tetapi atlet-atlet lain,” katanya.

MFL menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM), 20 Julai lalu memaklumkan Liga Simpanan (Reserve League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi jambatan untuk memperbaiki jurang pembangunan dilihat dalam struktur liga tempatan.

Liga Simpanan ini juga bertindak sebagai landasan perantara Liga Super untuk pemain pemain mendapat minit permainan, adaptasi dan persediaan ke Liga Super.

Dengan itu, konsep Reserve Team akan berakhir dan semua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23) dan ini sekali gus akan memberi daya saing lebih seimbang kepada semua pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya