KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, perpaduan orang Melayu tidak seharusnya disalah tafsir untuk bermusuhan dengan kaum lain di negara ini. Baginda bertitah, sebaliknya semua pihak perlu mengambil iktibar dari sejarah lampau apabila perpecahan orang Melayu membuka ruang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa serta kedudukan bangsa di tanah air sendiri. “Beta mahu menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk…










