Tuntutan palsu: Tiga individu termasuk suami isteri direman

Tuntutan palsu: Tiga individu termasuk suami isteri direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman tiga individu kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan melibatkan tuntutan rawatan kesihatan kira-kira RM53,000.

Ketiga-tiga suspek terdiri daripada seorang pengarah, pe­gawai eksekutif dan pemilik syarikat berusia lingkungan 40-an hingga 50-an.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek telah ditahan antara kira-kira 4.50 petang dan 9.30 malam, Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 hingga 2025.

“Ketiga-tiga suspek termasuk pasangan suami isteri dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi menuntut perbelanjaan rawatan pemulihan fizikal bagaimanapun rawatan tersebut tidak dilakukan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, perintah reman selama tujuh hari sehingga 26 Mei ini telah dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi semalam.

Jelasnya, seorang lagi suspek lelaki yang juga seorang pengarah berusia lingkungan 50-an direman selama lima hari sehingga Ahad ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sar­kawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN