Jualan tiket GP Malaysia ‘lesu’

Jualan tiket GP Malaysia ‘lesu’

KETIADAAN pelumba tempatan bersaing dalam perlumbaan kejuaraan MotoGP dunia membuatkan sambutan terhadap Grand Prix Malaysia sedikit perlahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun tidak menganjurkan Grand Prix (GP) Motosikal dunia gara-gara pandemik Covid-19, kepulangan semula perlumbaan berprestij itu ke Malaysia bulan ini tidak me­ngujakan peminat tempatan.

Sepanjang tempoh dua tahun, banyak telah berubah, termasuk ketiadaan pelumba tempatan beraksi secara tetap, antara faktor yang menyebabkan penjualan tiket lesu.

Menurut Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sambutan peminat tempatan tidak sehangat dijangkakan apabila jualan tiket belum mencecah 50 peratus biarpun perlumbaan akan berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober ini.

SIC ketika dihubungi ­Utusan Malaysia, tidak menafikan selain faktor pelumba tempatan, kelembapan jualan juga mungkin disebabkan cukai hiburan yang dikenakan sehingga memaksa kenaikkan harga tiket.

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH

“Semua faktor ini tidak ­dinafikan mempengaruhi jualan tiket, pada ketika ini kita hampir mencecah 50 peratus, tetapi masih ada masa sehingga 23 Oktober ini iaitu hari perlumbaan sebenar.

“Harga tiket terpaksa dinaikkan berbanding RM40 sebelum ini kepada RM83 di Hill Stand, untuk Grand Stand pula harga tiket yang kalau dulu tidak mencecah RM300, tetapi kini naik kepada RM309,” menurut SIC dalam satu kenyataan.

SIC juga lebih selesa mengamalkan pendekatan bersede­rhana dalam sasaran kehadiran penonton apabila sekadar meletakkan 70,000 peminat dijangka hadir berbanding 170,000 pada 2019.

TIGA pelumba yang akan beraksi atas tiket wildcard dalam GP Malaysia di Sepang.

Kali terakhir, peminat boleh berbangga dengan kelibat pelumba tempatan ialah Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul­ Idham Pawi dan Adam Norrodin ialah pada 2020 dan 2021.

Tahun ini, tiada wakil negara beraksi secara tetap dalam kejuaraan dunia dan GP Malaysia hanya menampilkan pelumba atas tiket wild card (jemputan).

Empat pelumba yang akan beraksi ialah Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Annuar untuk kelas Moto2, manakala, Syarifuddin Azman atau Damok dalam kelas Moto3.

Bagaimanapun, SIC masih berharap jualan tiket akan te­rus meningkat kerana rakyat Malaysia terkenal dengan sikap suka membeli pada saat akhir.

Menurut SIC, penurunan jualan tiket dan kehadiran penonton ke litar bukan setakat melanda Malaysia, malah juga di peringkat global sejak Covid-19 melanda dunia.

Dengan meletakkan #Welcome Home, SIC masih berharap peminat dapat memberikan sokongan kepada GP Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan seperti tebar & tarik iaitu aktiviti memasak bersama pelumba MotoGP dalam perkarangan Lot 10 pada 19 Oktober ini.

Bagi peminat yang berhasrat mendapatkan tiket pula, selain kaedah dalam talian, SIC ada membuka gerai jualan tiket di pusat membeli-belah KLCC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya