Jom turun Bukit Jalil, sokong Kuala Lumpur City

Jom turun Bukit Jalil, sokong Kuala Lumpur City

KL City berharap penyokong bola sepak tempatan dapat bergabung dengan penyokong KL City bagi memberi sokongan di pentas Final Piala AFC,di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City Akram Mahinan berharap peminat bola sepak tempatan terutamanya penyokong The City Boys dapat turun memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Sabtu ini.

Ia berikutan KL City yang merupakan wakil Malaysia akan berdepan kelab dari Oman, Al Seeb bagi perebutan trofi Piala AFC.

Tambahnya, sokongan padu penyokong sememangnya ditagih bagi menaikkan moral dan motivasi pemain sepanjang perlawanan berlangsung nanti.

Akram turut mengakui, dengan kehadiran ribuan penyokong, mungkin KL City mampu membuat kejutan seperti mana dilakukan ketika memenangi Piala Malaysia menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim lalu.

SORAKAN padu penyokong menjadi kekuatan KL City ketika beraksi dalam final Piala AFC zon ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 24 Ogos lalu.

“Tahun lepas pun kami dah jadi juara Piala Malaysia edisi ke-100, dan ramai orang terkejut. Kali ini final Piala AFC, mungkin kalau siapa yang tak datang ke Bukit Jalil (Stadium Nasional Bukit Jalil) ini rugilah, sebab kita belum tentu lagi untuk tahun depan boleh ulanginya lagi.

“Peluang yang ada pada Sabtu ini yang memang sah kami masuk final, dan kami perlukan sokongan orang-orang KL yang mana, penyokong-penyokong yang dah lama tak pergi ke stadium itu saya harap datang sokong kami.

“Kami rindu (sokongan penyokong) walaupun tak dapat main di stadium Cheras disebabkan masalah teknikal, tapi saya harap satu keajaiban kalau stadium (Bukit Jalil) itu penuh dan orang ramai datang sokong kami,” katanya.

Skuad kendalian Bojan Hodak dalam laluan melakar sejarah untuk muncul juara Piala AFC dalam penampilan sulung di pentas kedua tertinggi kelab-kelab Asia itu, selepas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Sekiranya menang, KL City akan mengikut jejak JDT yang menjadi kelab pertama dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara memenangi trofi itu pada 2015 lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN