KTMB catat kenaikan prestasi kargo 10 peratus

KTMB catat kenaikan prestasi kargo 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan prestasi pengangkutan kargo sekurang-kurangnya 10 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata, peningkatan itu melibatkan indikator tanaj dan TEU yang menunjukkan trend positif walaupun negara berdepan cabaran semasa termasuk ketidaktentuan krisis global.

Katanya, berdasarkan perbandingan tahun 2025 dan 2026, prestasi kargo menunjukkan peningkatan antara 10 hingga 20 peratus, sekali gus membuktikan permintaan terhadap perkhidmatan rel semakin meningkat.

“Bagi tiga bulan pertama, kita lihat peningkatan tidak kurang daripada 10 peratus. Ada yang mencecah sekitar 20 peratus, bergantung kepada indikator tanaj dan TEU,” katanya selepas sidang media Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun terdapat perubahan corak pengangkutan kargo susulan krisis, trend keseluruhan masih menunjukkan perkembangan positif.

“Secara keseluruhan, prestasi kita masih dalam trend positif berbanding tahun lepas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KTMB menyasarkan peningkatan lebih tinggi pada masa akan datang dengan memperluaskan penggunaan pengangkutan rel bagi mengurangkan kebergantungan kepada lori di jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN