Harimau Selatan tetap bernafsu

Harimau Selatan tetap bernafsu

PEMAIN JDT mengerumuni pengadil perlawanan, Hamdan Awang kerana tidak berpuas hati selepas penyerang mereka Bergson da Silva dilayangkan kad merah dalam aksi Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Biarpun sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super kesembilan berturut-turut minggu lalu, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap ‘bernafsu’ dalam baki tiga perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah menjadi motivasi utama mereka.

Kemenangan 3-1 ke atas Kedah kelmarin menyerlahkan karakter anak-anak buah Hector Bidoglio, yang kini mengharungi 19 perlawanan tanpa kalah – 15 kemenangan dan empat seri.

Menumpaskan Sang Kenari di depan 15,000 penyokong tuan rumah, malah beraksi dengan 10 pemain selepas Bergson da Silva dibuang padang pada minit ke-45 memberi amaran kepada Sri Pahang, Kedah sekali lagi (11 Oktober) dan Sabah tiada laluan mudah akan diberi kepada mereka.

PERTAHANAN JDT, Shane Lowry melompat tinggi ketika cuba merebut bola daripada pemain Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

“Perlawanan ini menunjukkan siapa JDT. Walaupun sudah meraih kejua­raan beberapa hari lalu, kami tetap datang ke sini untuk memberikan yang terbaik.

“Sikap, komitmen dan semangat ditampilkan semua pihak telah menunjukkan mengapa JDT menjadi juara dan merupakan kelab terbaik di Malaysia,” kata Bidoglio.

Kemenangan di Stadium Darul Aman itu juga membuktikan JDT serius untuk memburu kejuaraan treble dengan menjulang Piala Malaysia yang akan membuka tirai bulan ini.

Harimau Selatan sudahpun memiliki Piala FA serta gelaran Liga Super dalam genggaman, dan memenangi Piala Malaysia menjadi penutup musim cemerlang buat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya