Erling Haaland miliki ‘pakej’ lengkap

Erling Haaland miliki ‘pakej’ lengkap

HAALAND (tengah) senjata pemusnah Manchester City dalam saingan EPL musim ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON:  Erling Haaland terus membuktikan dirinya antara penyerang terhebat dunia ketika ini.

Penyerang Norway itu mencipta satu lagi sejarah di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila muncul pemain pertama yang menjaringkan hatrik dalam tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri dalam kejohanan berkenaan.

Hatrik ketiga diperolehi penyerang berusia 22 tahun itu, ketika membantu Manchester City membelasah seteru setempatnya Manchester United 6-3, di Stadium Etihad, malam kelmarin.

Selepas 52 tahun tanpa penjaring hatrik dalam aksi musuh setempat Manchester itu, City meraikan pencapaian berganda dalam perlawanan sama apabila Phil Foden turut melakukan hatrik.

Haaland bermula dengan prestasi hebat bersama juara EPL itu sejak ditandatangani dari Borussia Dortmund dengan harga 51 juta pound (RM263.25 juta) dan pelaburan itu dilihat sangat berbaloi.

Dia kini menjaringkan 17 gol daripada 10 perlawanan di semua kejohanan di bawah bimbingan Pep Guardiola termasuk hatrik menentang Crystal Palace serta Nottingham Forest dan kini menjaringkan gol dalam lapan perlawanan berturut-turut bersama City.

“Memang bagus. Kami menjaringkan enam gol, cukup menakjubkan, menang di tempat sendiri dan menjaringkan enam gol memang bagus.

“Anda boleh lihat hantaran kami sesama sendiri. Kami sentiasa mahu mara dan menyerang. Itu yang saya cinta mengenai pasukan ini. Di akhirnya, ia memang menakjubkan. Tiada apa lagi mampu diperkatakan,” kata Haaland.

Haaland sebelum ini mendedahkan bahawa, dia tidak berminat untuk menyertai Manchester United kerana kelab itu tidak pernah berada dalam senarai untuk dipertimbangkan memperkembangkan kariernya.

Tujuh kelab berada dalam senarainya namun United bukan salah satu daripadanya biarpun memegang rekod sebagai juara Liga Perdana Inggeris 20 kali.

Ini adalah kali pertama United dibolosi dengan dua hatrik pada aksi liga utama sejak tewas 0-6 di tangan Huddersfield pada 1930.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya