Ballon d'Or padam kenangan pahit Benzema

Ballon d’Or padam kenangan pahit Benzema

KARIM Benzema (tengah) diraihkan oleh rakan-rakan sepasukan Real Madrid atas kejayaan muncul pemenang anugerah Ballon d'Or di Paris semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Karim Benzema berkata, dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa percaya Ballon d’Or akan menjadi miliknya selepas dinobat sebagai pemenang anugerah berprestij itu buat kali pertama semalam.

Bergelar pemain paling tua memenangi Ballon d’Or pada usia 34 tahun, Benzema meraikan kemenangan dengan penuh emosi kerana pernah melalui detik hitam ‘digam’ oleh skuad kebangsaan Perancis.

Penyerang Real Madrid itu menjadi pemain kelima ­Pe­rancis memenangi anugerah, mengetepikan Sadio Mane yang berpindah dari Liverpool ke Bayern Munich di tempat kedua dan bintang tengah Manchester City, Kevin de Bruyne ketiga.

KARIM Benzema bersama trofi Ballon d’Or.

“Saya pernah mengharungi detik sukar tidak berada dalam skuad Perancis, namun saya tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras.

“Saya benar-benar bangga dengan perjalanan ini. Bukan mudah, sangat sukar. Untuk ­berada di sini buat kali pertama, saya gembira

“Saya ingin me­ngucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan di Real dan Pe­rancis. Jurulatih dan Pre­siden Real yang juga berada di sini, begitu juga Jean-Michel Aulas (Presiden Lyon).

“Ada ramai orang yang ingin saya sebutkan sebagai tanda ­terima kasih. Ini hadiah individu, namun boleh diraikan bersama kerana semua orang memainkan pe­ranan,” kata­nya.

ALEXIA Putellas muncul penerima anugerah Ballon d’Or Wanita.

Membantu Real menjulang trofi Liga Juara-Juara dan La Liga, selain membawa Perancis menjuarai Liga Negara-Negara merupakan pencapaian terbesar Benzema musim lalu.

Kejayaan itu memadam detik hitam di mana dia pernah digantung daripada skuad Les Bleus dan digugurkan pada ­Kejohanan Eropah (Euro) 2016 kerana ­terlibat ­dengan skandal video seks ­melibatkan rakan sepasukan.

Benzema tidak lagi menoleh ke belakang sebaik sahaja mendapat panggilan pertama Perancis selepas enam tahun disisihkan apabila disenaraikan dalam skuad Euro 2020.

Sementara itu, pemain tengah Barcelona dan Sepa­nyol, Alexia Putellas menjulang Ballon d’Or Wanita buat kali kedua berturut-turut pada malam gemilang di Paris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN