Tenis Terbuka KL tawar hadiah lumayan

Tenis Terbuka KL tawar hadiah lumayan

Presiden KLLTA, Mirzan Mahathir mengharapkan wang kemenangan lumayan ditawarkan Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur 2022 menjadi tarikan pemain tenis di seluruh Asia Tenggara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua tahun menyepi, Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur kembali dianjurkan pada tahun ini dibawah kelolaan Persatuan lawn Tenis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KLLTA) yang memulakan saingan sejak semalam sehingga 2 Oktober 2022 di Pusat Tenis Negara (NTC).

Kejohanan ini juga merupakan kejohanan ketiga dalam sirkit kebangsaan selepas sirkit pertama dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan pada Februari, disusuli sirkit kedua di Johor pada Jun.

Bagi menampilan kelainan untuk kejohanan yang telah pun memasuki edisi ke-10 pada tahun ini, Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 69,250 kepada para pemenang, satu jumlah yang paling besar pernah ditawarkan pada mana-mana Kejohanan Sirkit Kebangsaan.

Justeru untuk edisi kali ini, seramai 200 peserta termasuk 22 pemain dari luar negara sudah pun mengesahkan penyertaan dengan mempertandingkan lapan kategori.

Malaysia bakal mengharapkan sandaran utama, Christian Didier Chin yang mewakili Sabah apabila pemain itu diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan bagi kategori perseorangan lelaki, sementara Iman Syuhada dari Negeri Sembilan pula diletakkan pilihan pertama dalam kategori perseorangan wanita.

“Mengenai penajaan, kita bersyukur kerana masih ada pihak yang tampil ke hadapan untuk membantu kami, saya fikir mesti tetap anjurkan kejohanan ini kerana kalau tidak, ia akan mempunyai jurang masa yang agak panjang untuk kejohanan seterusnya buat pemain.

“Kami bernasib baik juga kerana faktor kewangan persatuan kami masih berada dalam keadaan baik untuk meneruskan kejohanan ini, tapi saya mengharapkan lebih ramai pihak penaja tampil untuk bersama dengan kami supaya kejohanan ini dapat dianjurkan dengan lebih bagus dan mampu menarik pemain terbaik untuk menyertai kejohanan ini,” jelas Presiden KLLTA, Mirzan Mahathir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya