Israel guna suara kanak-kanak, bacaan ayat al-Quran umpan penduduk Lubnan

Israel guna suara kanak-kanak, bacaan ayat al-Quran umpan penduduk Lubnan

PENDUDUK membersihkan serpihan runtuhan sehari selepas serangan udara Israel di Tyre pada Isnin lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Penduduk di selatan Lubnan mendakwa dron Israel menggunakan pelbagai rakaman bunyi termasuk suara kanak-kanak menangis, bacaan ayat al-Quran dan siren ambulans sebagai taktik untuk ‘memancing’ mereka keluar dari rumah masing-masing.

Menurut seorang paramedik di kampung Habboush, Hashem, dron quadcopter itu kerap berlegar di ruang udara kawasan berkenaan dan menyiarkan bunyi-bunyi yang mengganggu emosi penduduk pada waktu malam.

“Ini bukan kali pertama dron ini terbang di atas kami dan menyiarkan pelbagai bunyi. Semalam, ia bunyi kanak-kanak menangis dan merayu meminta bantuan. Sebelum itu, bunyi ambulans. Ada juga rakaman bacaan al-Quran dan suara wanita meminta tolong,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hashem berkata, keadaan itu menjadikan penduduk hidup dalam tekanan psikologi berterusan, dengan dron tersebut bukan sahaja berfungsi untuk pemantauan tetapi juga alat intimidasi.

Hashem berkata, bunyi-bunyi tersebut sering mencetuskan reaksi spontan dalam kalangan penduduk yang secara naluri ingin keluar melihat keadaan sebenar.

“Apabila anda dengar suara seperti itu pada waktu malam, naluri pertama ialah keluar. Tetapi kemudian anda sedar ia datang daripada dron,” katanya.

Penduduk mendakwa, taktik itu bertujuan menakut-nakutkan mereka serta memaksa sebahagian meninggalkan kawasan tersebut, selain berkemungkinan digunakan untuk mengesan individu yang masih berada di kampung-kampung kosong.

Taktik itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam peperangan Israel baru-baru ini.

Di Gaza, kumpulan hak asasi manusia, wartawan dan penduduk mendokumentasikan penggunaan dron quaqcopter Israel yang dilengkapi pembesar suara untuk menyiarkan bunyi kanak-kanak menangis, wanita menjerita dan suara meminta pertolongan di kawasan perumahan serta kem pelarian, terutama pada waktu malam.

Penggunaan dron dengan pembesar suara itu menjadi sebahagian daripada bentuk perang psikologi, mengelirukan orang awam serta mengaburkan perbezaan antara bunyi sebenar dan rakaman.

Hari ini, penduduk di selatan Lubnan berkata, mereka melihat kaedah yang sama digunakan di kampung mereka, walaupun dalam keadaan serta lokasi berbeza.

Menurut mereka, banyak bandar dan kampung di kawasan itu telah musnah atau hampir kosong. Ramai keluarga terpaksa berpindah dan ada yang hanya pulang sementara, dengan perang itu juga mengubah cara hidup orang ramai, termasuk bagaimana mereka berhubung dengan bunyi serta pergerakan di sekeliling.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini