fbpx

Selangor mahu kekal gergasi Sukma

BOLA sepak memastikan kempen kontinjen Selangor pada Sukma 2022 bermula langkah kanan apabila menumbangkan juara bertahan, Perak 2-0 kelmarin. – IHSAN SELANGOR FC

PETALING JAYA: Menyasarkan kedudukan tiga terbaik keseluruhan selain merebut 40 pingat emas, Selangor yang pernah menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) sembilan kali akan turun dalam temasya tahun ini sebagai pasukan yang digeruni.

Selangor bakal diperkuatkan dengan 490 ­atlet yang mengambil bahagian dalam 30 sukan.

“Selepas menilai prestasi atlet pada Sukma 2018, saya lihat sukan yang pernah menyumbang pingat dalam temasya itu masih wajar dijadikan tumpuan kali ini.

“Pastinya paling kita tunggu adalah olahraga dan renang,” kata Ketua Kontinjen Selangor, Mohd. Khairuddin Othman kepada ­Utusan Malaysia semalam.

Antara sukan yang sekali lagi menjadi tumpuan lubuk emas adalah angkat berat susulan kejayaan Mohd. Yusoff Nandong membawa pulang dua emas (snatch dan clean & jerk) pada temasya lalu, selain hoki wanita.

Tidak ketinggalan, sukan berbasikal trek wanita menerusi Nur Qadrina Emylia Norzali yang pernah mewakili negara dalam Sukan SEA di Vietnam, Mei lalu.

Atlet menembak, Muhammad Syukri Zulkifli turut meletakkan sasaran emas selepas membidik tiga pingat perak untuk Selangor dalam Sukma lepas menerusi 10meter (m) air rifle lelaki berpa­sukan, 50m prone lelaki berpasukan serta 50m rifle 3 posisi.

Dalam edisi di Perak pada 2018, Selangor berada di kedudukan pertama dengan 47 emas, 68 emas dan 67 gangsa. 

Terengganu muncul juara keseluruhan menerusi 56 emas, 51 perak dan 53, manakala Wilayah Persekutuan di tempat kedua dengan 52 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN