PETALING JAYA : Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan dibuat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang mendakwa dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa rela hati
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu bersifat sensitif dan memerlukan penelitian menyeluruh bukan sahaja daripada aspek siasatan polis, malah turut melibatkan adat dan istiadat Negeri Sembilan.
“Kertas siasatan masih lagi kita siapkan dan mungkin kita memerlukan tindakan berterusan serta pandangan daripada pihak Peguam Negara dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Dan Upacara Serah Terima Tugas Jawatan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), hari ini.
Sebelum ini, Ismail dilaporkan mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 September lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa. – UTUSAN










