Saham Badrul Afzan makin melonjak

Saham Badrul Afzan makin melonjak

PEMAIN Terengganu menuulang jurulatih, Badrul Afzan Razali selepas menumpaskan Pulau Pinang untuk muncul juara bola sepak Sukma 2022 di Cheras. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: ‘Saham’ Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Badrul Afzan Razali, makin melonjak setelah membawa negeri itu memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma).

Pengendali berusia 46 tahun itu mengakui telah dirisik beberapa pasukan lain dalam Liga Simpanan susulan pemansuhan Liga Perdana pada 2023 serta pembatalan Piala Cabaran musim ini.

Begitupun menurut Badrul Afzan, dia berhasrat dapat terus melatih skuad TFC II walaupun belum menerima sebarang tawaran daripada pihak pengurusan pasukan Sang Penyu.

PEMAIN Terengganu meraikan kejayaan muncul juara Sukma 2022 selepas menumpaskan Pulau Pinang dalam final di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. – UTUSAN/AMIR KHALID

“Saya masih belum pasti mengenai masa depan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023 kerana masih menunggu ‘lampu hijau’ sama ada masih diberi kepercayaan bersama TFC II atau sebaliknya.

“Ada beberapa pasukan menawarkan tempat bersama mereka dalam Liga Simpanan namun saya masih berminat untuk kekal berkhidmat di negeri kelahiran saya ini.

“Jadi terpulang kepada pihak pengurusan TFC. Jika ‘jodoh’ sudah tidak panjang, saya terima dengan hati terbuka dan akan berhijrah,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jurulatih kelahiran Kemaman itu mula membimbing TFC II pada 2021 dengan membawa skuad berstatus ‘feeder’ itu menduduki tempat ketiga Liga Perdana tempat keempat musim ini.

Jumaat lalu, Badrul Afzan meneruskan sentuhan membawa pulang ‘ibu pingat’ pada Sukma 2022 apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0, sekali gus menamatkan kemarau pingat emas selama 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya