Peluang Terengganu, P. Pinang raih 'ibu segala emas' seimbang

Peluang Terengganu, P. Pinang raih ‘ibu segala emas’ seimbang

TERENGGANU enggan dilabel sebagai pasukan pilihan apabila berdepan Pulau Pinang malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun memegang reputasi besar pernah merangkul kejuaraan hatrik pada 2006, 2008 dan 2010, skuad bola sepak Terengganu enggan terlalu yakin apabila berdepan Pulau Pinang dalam perebutan ‘ibu segala emas’ Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Kejayaan Pulau Pinang melakar kejutan mara ke final, termasuk menyingkirkan Wilayah Persekutuan 1-0 pada separuh akhir membuktikan mereka adalah pasukan yang kuat.

“Pulau Pinang sebuah pasukan yang bagus dan saya anggap peluang kami untuk memenangi perlawanan akhir 50-50. Biarpun kami mempunyai sejarah yang hebat dalam Sukma, saya tidak fikir kami adalah pilihan utama.

“Sudah tentu sasaran kami adalah memenangi pingat emas tetapi pada saya, pasukan mana yang kurang melakukan kesilapan berpeluang baik untuk menang.

“Kami tidak pandang mudah Pulau Pinang yang menewaskan Wilayah Persekutuan (separuh akhir) bagi saya kita tidak ambil mudah aksi esok,” kata Ketua Jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali semalam.

PULAU Pinang berada pada motivasi tertinggi untuk meneruskan kejutan dalam Sukma 2022.

Ditanya sama ada Terengganu memiliki kelebihan dengan diperkuatkan dua tongak Terengganu FC II, Badrul menegaskan, bola sepak bukan sukan individu dan apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan akhir.

“Bola sepak sukan berpasukan, jadi bagi saya kerjasama pasukan kena kuat dan kita akan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Sementara itu, kapten Terengganu, Safwan Mazlan menegaskan, barisan pemain skuad Penyu amat bermotivasi tinggi untuk membawa pulang emas walaupun sedar lawan kini berada pada tahap terbaik.

“Perasaan gementar tiada kerana kami tak jangka akan lawan Pulau Pinang jadi kami akan membuat persiapan rapi. Saya boleh kata Terengganu dan Pulau Pinang tiada beza, tetapi selagi belum habis 90 minit kami akan tetap lawan,” katanya.

Kali Terengganu mara ke final adalah ketika melengkapkan hatrik emas pada edisi 2010, manakala Pulau Pinang meraih pingat perak pada Sukma 2000 dan 2002. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya