MUSA ambil alih Melaka United musim depan

MUSA ambil alih Melaka United musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan Melaka United FC (MUFC) daripada KenTeam Sdn. Bhd. (KenTeam) bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sebuah syarikat baharu akan dipilih untuk menguruskan skuad Sang Kancil yang mana MUSA akan memegang sebanyak 40 peratus saham manakala selebihnya bakal dikongsi oleh empat syarikat swasta yang akan diputuskan nanti.

Menurutnya, butiran perjanjian yang akan dimeterai memberi kuasa kepada MUSA untuk campur tangan dalam pengurusan MUFC, tidak seperti apa yang terjadi sewaktu diuruskan KenTeam.

“Dalam perjanjian oleh KenTeam sewaktu mengambil alih MUFC, nama MUSA tidak tertera sebaliknya atas nama seorang individu dengan saham 30 peratus, manakala 70 peratus milik syarikat terbabit.

NUR AZMI Ahmad mempengerusikan Kongres Luar Biasa MUSA di Hotel Ibis, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

“Bila saya lihat surat perjanjian yang ditandatangani pada 14 Ogos 2020, itu banyak perkara-perkara berkaitan pasukan tidak melibatkan MUSA. Ini yang menjadi pelik kerana perjanjian itu sangat longgar.

“Sebagai Presiden MUSA yang baru dilantik, saya berjanji akan menyelesaikan segala masalah yang
timbul berkaitan tunggakan tiga bulan gaji pemain seperti yang dibangkitkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“KenTeam hanya membayar sebulan dan bukan tiga bulan yang sepatutnya dibayar dan keadaan itu menyebabkan kita dilarang oleh MFL daripada beraksi dalam Piala Malaysia musim ini. Keputusan MFL itu adalah muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Kongres Luar Biasa MUSA bagi mengesahkan pelantikan Nur Azmi sebagai Presiden baharu menggantikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di sini hari ini.

Nur Azmi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim yang juga pemilik KenTeam bagi menyelesaikan baki tunggakan gaji pemain, selain melunaskan potongan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dengan kos melebihi RM600,000.

PENGUMUMAN MFL mengenai pembatalan penyertaan Melaka daripada Piala Malaysia.

“MUSA akan memastikan syarikat tersebut melunaskan segala tunggakan tersebut sehingga hujung tahun ini bagi memastikan skuad Sang Kancil terus dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.

“Kepada peminat bola sepak Melaka, saya minta mereka bersabar dan beri ruang kepada saya serta ahli jawatankuasa yang lain menyelesaikan segala masalah ini dan membolehkan MUSA mengambil alih skuad Melaka musim depan,” jelasnya.

Isu tunggakan gaji yang tidak berkesuahan yang menimpa skuad Melaka United musim ini menyebabkan mereka disingkirkan daripada saingan Piala Malaysia 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya