Mengaku hisap ganja, Schooling digantung serta merta

Mengaku hisap ganja, Schooling digantung serta merta

Joseph Schooling
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Satu-satunya pemenang pingat emas Singapura dalam Sukan Olimpik, Joseph Schooling digantung serta merta daripada latihan dan semua pertandingan renang selepas mengaku mengambil ganja.

Schooling mencipta sensasi dalam temasya Rio 2016 apabila menumpaskan idolanya, Michael Phelps untuk memenangi emas 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki.

Singapura antara negara mengamalkan undang-undang ketat terhadap dadah di dunia.

Rakyat serta penduduk tetap negara itu berdepan hukuman penjara 10 tahun jika didapati menggunakan bahan larangan itu biarpun ketika berada di luar negara.

Selain digantung serta merta, perenang berusia 27 tahun itu tidak lagi mendapat keistimewaan ‘cuti’ daripada menjalani khidmat negara.

Sepanjang enam bulan, Schooling juga akan berada di bawah pengawasan dengan sampel ujian air kencingnya dipantau ketat.

Schooling dalam satu kenyataan semalam memohon maaf kerana menghisap ganja ketika berada di luar negara.

“Saya melalui saat lemah selepas melalui tempoh sukar dalam hidup,” kata Schooling.

Perenang itu yang menyertai khidmat tentera yang diwajibkan selama dua tahun, diuji negatif dadah tetapi mengaku menghisap ganja di luar negara pada Mei lalu, kata kenyataan kementerian pertahanan, lewat petang semalam.

Ketika perbuatan itu dilakukan, Schooling dibenarkan meninggalkan program khidmat negara untuk berlatih dan menyertai Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, apabila dia memenangi dua emas dan satu gangsa.

“Berikutan pelanggaran kebenaran istimewa diberikan, Schooling tidak lagi layak untuk meninggalkan atau menangguhkan untuk berlatih atau bertanding ketika dalam program khidmat negara,” kata kementerian itu.

Singapura mewajibkan semua warganegara lelaki berusia 18 tahun ke atas menyertai khidmat negara selama dua tahun sebagai tentera, polis atau perkhidmatan kecemasan.

“Saya membuat kesilapan dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Saya tidak akan mengecewakan anda lagi,” kata Schooling. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya