Mana Nuri, Luqman, Wan Zack, Hadi Fayyadh sekarang?

Mana Nuri, Luqman, Wan Zack, Hadi Fayyadh sekarang?

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim dalam sesi soal jawab bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mendapat minit permainan mencukupi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan melemahkan pemain dan beraksi di luar negara pula tidak semestinya keputusan terbaik untuk membantu pembangunan seseorang pemain.

Itu penegasan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menjawab pertanyaan penyokong mengenai isu ramai pemain Harimau Selatan tidak digunakan sepenuhnya memandangkan kelab itu terlalu banyak mengumpul nama-nama besar, terutama bintang tempatan.

Menurut Tunku Ismail, sebelum mana-mana pemain dibawa masuk ke JDT, beliau sudah memberi amaran kepada mereka mengenai persaingan tinggi untuk merebut setiap posisi dan tidak semua orang akan mendapat minit permainan yang banyak.

“Mana-mana pemain yang hendak dibawa masuk JDT, saya sudah cakap terus terang, awak di sini kena fight untuk dapatkan tempat, tak semua orang dapat bermain tapi kalau awak nak title (kejuaraan), pencapaian, menjadi juara dan akaun bank bertambah, ini adalah tempatnya.

“Bonus yang bagus, gaji yang bagus, pendedahan yang diberi juga bagus kerana lawan pasukan-pasukan hebat. Bila lagi ada peluang lawan Urawa Reds (kelab Jepun, dalam Liga Juara-Juara Asia),” kata Tunku Ismail dalam sesi soal jawab bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Menurut Tunku Ismail, jika diikutkan, 80 atau 90 peratus pemain, termasuk simpanan diberi peluang beraksi dalam peringkat tertinggi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Katanya, pemain-pemain ini juga bukan tidak mendapat peluang bermain langsung seperti yang sering dimomokkan portal-portal atau peminat bola sepak, sebaliknya mereka akan diturunkan sebagai gantian pada kebanyakan aksi.

“Sebenarnya, keputusan terletak di tangan pemain sendiri (memilih JDT dan berdepan persaingan sengit tetapi mendapat jaminan kewangan) apa yang bagus buat mereka.

“Contoh, di mana Luqman (Hakim Shamsudin) hari ini? Dulu masa saya cakap semua orang tak puas hati…Kenapa Tunku Mahkota (Johor) cakap macam ini.

“Pada saya ini terjadi bila mereka pergi ke kelab lain (KV Kortrijk, Belgium) tak dibeli tapi request oleh pihak-pihak tertentu.

“Contoh Safawi Rasid. Ia antara perhubungan baik saya dengan kelab tersebut (Portimonense, Portugal). Request okey ambil tapi nak main tiada jaminan. Hadi Fayyadh (Abdul Razak) hari ini (bermain) di Divisyen Tiga (Liga Jepun). Tak semestinya main di luar meningkat.

“Sudah tentu pertandingan mereka lebih tinggi tapi berkenaan prestasi tiada jaminan. Sekarang dalam skuad kebangsaan, banyak pemain yang bermain di dalam atau luar negara? Jadi mana logiknya main bola di luar negara lebih berjaya?

“Mungkin main di luar lebih menarik dan pendedahan bagus, bukan jaminan akan menjadikan anda pemain yang berjaya. Bukan saya kata mereka yang main kat luar tak bagus, mereka pemain yang bagus tetapi pemain perlu buat keputusan bijak, kalau mereka buat keputusan salah, karier mereka akan habis,” katanya.

Tunku Ismail turut bertanya, di mana kedudukan pemain-pemain berbakat seperti Nurridzuan Abu Hassan dan Wan Zack Haikal Wan Md. Noor yang pernah menolak tawaran beraksi untuk JDT sebelum ini.

“Saya bagi contoh Nuri (Nurridzuan). Mana Nuri yang dulu main Perak kaki kiri…Saya pernah offer untuk masuk JDT. Kalau dia main dgn JDT hari ini berapa banyak piala dan duit dia dalam bank. Wan Zack Haikal apa jadi dengan Wan Zack yang pernah reject JDT?

“Jadi pemain-pemain yang pernah reject JDT, mana mereka hari ini? Membuat keputusan adalah sangat mustahak dan benda itu memberi peranan penting dalam kehidupan seorang pemain,” katanya.

Kata Tunku Ismail, kaedah latihan dan fasiliti yang terdapat di JDT membolehkan pemain Harimau Selatan sentiasa berada di tahap terbaik biarpun jarang mengisi kesebelasan utama.

Malah, mereka juga sentiasa diberi peluang untuk bermain di bawah sistem penggiliran kerana JDT perlu mengharungi jumlah perlawanan yang banyak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya